Sepanjang bulan Julai ini ,panitia akan bekerjasama dengan unit ko-kurikulum sekolah untuk menjayakan Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah 2009. Pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai perisian sepanjang bulan ini antaranya:,
- Pelancaran rasmi
- Senamrobik
- Pertandingan futsal dan bola jaring antara murid
- Pertandingan bola tampar dan bola jaring antara guru dan staf
- Sukaneka tahap 1
- Perkhemahan badan beruniform
- Jogathon
Ucapan terima kasih kepada semua guru/ajk panitia yang akan/telah memberikan kerjasama yang jitu dalam membantu menjayakan Bulan Kecergasan ini. Selaras dengan slogan Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan iaitu 'Kecergasan membina satu Malaysia',marilah kita bergerak bersama-sama untuk merealisasikannya.
Pengerusi Panitia.
0 comments:
Post a Comment