Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru 2010
Sunday, May 16, 2010
Panitia PJK SKTRJ mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru Kepada semua warga pendidik di SKTRJ khasnya dan seluruh negara, amnya.

Penilaian SEGAK


Sepanjang bulan Mac dan April telah dijalankan Penilaian Standard Kecergasan (SEGAK) untuk semua murid Tahun 4,5, dan 6. Terima kasih kepada semua guru PJK yang telah menjalankan tanggungjawab ini . Penilaian SEGAK akan dijalankan sekali lagi untuk tahun ini iaitu pada bulan Ogos nanti.
Tuesday, March 2, 2010
PELANCARAN BULAN MAC, BULAN PJK 2010
Tuesday, March 2, 2010
Terima kasih kepada semua guru PJK yang terlibat secara aktif sewaktu pelancaran Bulan PJK. Terima kasih juga kepada Puan Guru Besar, Puan Siti Amrah Bt Maulud kerana sudi merasmikan pelancaran ini. Terima kepada semua guru dan murid.
Tuesday, January 5, 2010
Organisasi Panitia PJK 2010
Tuesday, January 5, 2010

PENASIHAT: PUAN SITI AMRAH BT MAULUD
(GURU BESAR)
ENCIK SAMSUDIN BIN MOHAMAD
(GPK AKADEMIK)
PENGERUSI: EN MOHD SYAFAWI BIN ISHAK
SETIAUSAHA: EN MOHD HAFIZ BIN ZAINUDIN
AJK:
- EN AZMAN MANSOR
- PN BAHIYAH MANSOR
- PN PARAMESWARI
- EN ABU AZIZI
- PN MAZIYAHANI
- CIK ANURATHA
- EN DZULKEFLI
- EN MOHD NIZAM HISA
- PN TAN SIEW YONG
- EN BORHANUDIN
- EN NORHISHAM OTHMAN
Thursday, December 10, 2009
Selamat bercuti. Selamat datang 2010
Thursday, December 10, 2009
Panitia PJK mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SKTRJ. Semoga semua dapat bercuti dalam keadaan yang selamat dan selamat kembali untuk bersama-sama mengucapkan Selamat Datang 2010 akan datang.
Sunday, November 8, 2009
Terima kasih !!!
Sunday, November 8, 2009
Panitia PJK SKTRJ ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar,guru2 penolong kanan dan semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Bulan Panatia PJK sepanjang bulan Oktober lalu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebagai memenuhi Bulan PJK antaranya pertandingan mewarna, teka silangkata, kuiz kesihatan, futsal dan bola baling. Semua ajk telah memberi kerjasama dan memainkan peranan dalam merealisasi segala aktiviti yang dirancang walaupun masing-masing sibuk dengan penyediaan soalan untuk peperiksaan akhir tahun. Tahniah dan terima kasih. Juga tidak lupa pada guru yang bukan ajk panitia seperti guru kelas yang telah membantu menjayakan aktiviti ini.
Susur jalan hendak ke pekan,
Singgah kolah melepas lelah,
Budi tuan segunung intan
Moga Allah dapat membalas
Singgah kolah melepas lelah,
Budi tuan segunung intan
Moga Allah dapat membalas
Tuesday, October 6, 2009
BULAN OKTOBER,BULAN PJK
Tuesday, October 6, 2009
Sepanjang bulan Oktober ini akan dijadikan bulan Panitia PJK 2009. Pelbagai aktiviti elah dirancang antaranya melukis,mewarna, kuiz kesihatan, pertandingan futsal dan bola baling.Perkembangan dan laporan semua aktiviti akan disiarkan sedikit masa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)















